Feb 25, 2011

Resipi Daging bakar cicah air asam

Assalammualaikum semua..


Haaa..sihat tak hari ni? Kalau tak sihat, tak blogwalk la kan? Hehe...
Hari ni ML nak share resipi lah pulak. Asyik dengar kisah cinta complicated je kan. Haaa..sape yang baca kisah cinta tu, mesti kena belajar masak tau, kalau tak, mampus nanti di kerjakan dek mak mertua macam mak si Amir tu. Hihihi...Ok, gurau je...Kalau dah sayang, makan kat kedai pun tak pe. Tapi sekali sekale nak raikan yang tersayang, nak juga memasak di rumah kan? 

Kali ni ML nak share dengan korang resipi daging bakar cicah air asam yang ML baru jer try buat semalam. Resipi daging bakar ni lain dari yang mak ML selalu buat sebab resipi ni menggunakan santan. Rasa daging ni sangat moist dan lembut sebab ML cuba preserve moist daging ni. Nak tahu macam mana? Kenalah baca sampai habis. Bila pekena dengan air asam, memang terangkat la..Kitorang makan sampai bulat perut..=)

Bahan-bahan:

Daging dan bahan perap

-1 kilo daging (Jangan potong ye, biar seketul besar)
-9-10 batang cili kering (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
-1 biji bawang besar (kalau saiz bawang tu kecil, guna 2 biji)
-3 ulas bawang putih
-1 batang serai
-1 inci kunyit/1 sudu serbuk kunyit
-2 sudu serbuk lengkuas
-2 inci halia
-1 peket serbuk santan segera (Boleh ganti guna santan original-300ml) 
-300 ml air
-garam dan ajinomoto secukup rasa.
-sedikit gula (optional)

******

Air asam
 (anggaran satu mangkuk ala1 mangkuk nasi cina)

-2 tangkai cili merah (boleh tambah bilangan cili ,ML guna 2 je coz cili Moscow besar dan pedas)
-cili padi (optional)
-1 1/2 sudu makan asam jawa paste
-200ml air
-1 inci belacan
-1 biji bawang merah
-1 biji tomato
-Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa (optional)
-Sedikit perahan limau nipis / lemon



CARA-CARA


Daging bakar

-Mula-mula basuh daging. Jangan potong daging ni, biarkan ianya seketul besar. Kemudian rebuskan selama 1 jam supaya tak perlu bakar lama-lama. 

TIPS: Bila kita rebus daging ni tanpa di potong, daging ni stay moist. Begitu juga bila kita nak bakar nanti pun, bakar je besar-besar ni, supaya after bakar daging tu rasa sangat moist dan lembut. Sebabnya, air daging tu masih terkandung di dalam. Kalau kita potong kecil-kecil, daging akan jadi terlalu kering dan berserat. After bakar nanti, bila nak hidang barulah di potong nipis-nipis. Potong depan kawan-kawan yang lapar tu, semua tak sabar nak makan! =)

- Potong cili kering tadi dan kemudian rebuskan atau rendam dalam air panas selama 10 minit. Kemudian toskan dan basuh dalam penapis untuk buang biji. Ni dapat elakkan masakan jadi terlalu pedas.

-Larutkan 1 peket serbuk santan dalam 300ml air

-Blend cili kering, halia, serbuk lengkuas, bawang merah, bawang putih, serbuk kunyit, garam, ajinomoto dan santan tadi. 

TIPS: ML selalu tambahkan sedikit gula (hujung-hujung sudu gitu) untuk hilangkan rasa payau masakan. Coz mak ML tak suka manis-manis dalam masakan. Mak teh ML pula kata, kalau kita masukkan gula dalam masakkan, boleh elakkan santau. Wallahualam,sekadar berkongsi..

-Lepas 1 jam daging di rebus, keluarkan, dan perap dengan bahan-bahan yang kita dah blender tadi selama 1 jam-2jam. ML perap selama 2 jam, lagi best kalau dapat perap semalaman. =)

-After 1 atau 2 jam, lapikkan aluminum foil, dan bakar dalam oven pada suhu 200 C, selama 40-50 minit.

-Kalau nak bakar atas pembakar yang ada arang tu pun boleh, ketuk serai dan sekali sekala, boleh la renjiskan minyak dengan menggunakan serai ke atas daging tersebut time bakar .=)


*****


Air Asam

-Bancuh 1 1/2 sudu asam jawa paste dengan 200ml air.

-Bakar sedikit belacan, kalau malas pun xpe. Hehe..

-Blend 2 batang cili hidup tadi dengan belacan, garam, ajinomoto dan air asam jawa yang di bancuh tadi.

-Potong halus bawang merah dan tomato. Kemudian masukkan hirisan bawang merah dan tomato tadi kedalam bahan-bahan yang di blend tadi. 

-Perahkan sedikit limau nipis. ML gunakan perahan lemon, sebab tak de limau nipis. 

-Kemudian, boleh la di hidang bersama daging bakar tadi =)




Gambar di atas ni, sebenarnya baki daging yang di makan. Air asam pun tinggal berapa sudu je tu. Hahaha..ML tak sempat nak ambil gamba time baru lepas masak coz sumer tengah lapar. Sejuk la katakan sekarang ni. Perut memang mintak makanan aje =)



P/S: Pssstt..Pssstt...Kemungkinan kisah cinta complicated akan ada PART IV. Nantikan~


SELAMAT MENCUBA



SIAPA RASE LAPAR ANGKAT TANGAN!